fbpx

John Legend Mungkin Adakan Konsert Di Kuala Lumpur

Penyanyi R&B/soul popular, John Legend dikhabarkan mungkin akan mengadakan satu konsert penuh di Kuala Lumpur sekitar September 2014 ini.

Sebelum ini ada khabar angin mengatakan penyanyi ini akan datang ke Malaysia untuk jayakan konsert selepas mengadakan persembahan di Singapura bersempena 2014 Formula 1 Singapore Grand Prix pada 21 September 2014.

Maklumat terbaru yang dilaporkan The Star hari ini menyebut yang John Legend berkemungkinan mengadakan konsert di Malaysia pada 23 September 2014 untuk sebuah konsert di Plenary Hall, KL Convention Centre. Maklumat lanjut masih belum didedahkan walaupun khabarnya tiket akan mula dijual kepada orang ramai bermula 18 Julai ini.

John Legend sebelum ini pernah mengadakan persembahan di Malaysia pada tahun 2008 untuk Sunburst KL Festival dan telah melahirkan dua buah album baru sejak itu. Selain popular dengan lagu All Of Me, lagu popular lain beliau antaranya Ordinary People, Stereo and Save Room.

Kepada yang berminat, pastikan anda ikuti kami di Facebook & Twitter untuk dapatkan maklumat terbaru tentang persembahan John Legend ini. (rtky/m)