fbpx

Johan Sumbang Wang Kemenangan Kepada Rakyat Syria

Murni sungguh niat Johan apabila dia berhasrat untuk sebahagian wang kemenangannya dalam program Super Spontan Superstar 2016 (Oktober lalu) kepada mangsa perang Syria. Dalam program tersebut, Johan telah memenangi RM100,00.

BACA: Johan, Jozlyn Terkilan Dikecam Hadiri Pengebumian Keluarga?

“Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

Selain itu Johan juga menjelaskan bahawa dia akan menggunakan saluran yang betul supaya sumbangan dihulurkan benar-benar sampai ke tangan pihak memerlukan. Malah pelawak dan penyampai radio ini juga mempunyai hasrat untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan.

“Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup. Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid”

“Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah,” katanya kepada BH Online. Semoga niat Johan akan tercapai satu hari nanti. (rtky/s)