fbpx

Johan Nawawi Meninggal Dunia

Komposer terkenal yang juga merupakan suami kepada penyanyi Nora Ariffin, Johan Nawawi dilaporkan telah meninggal dunia pada 6.30 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Namun sehingga berita ini diterbitkan, punca kematian Johan Nawawi masih belum diketahui. Namun, allahyarham difahamkan sebelum ini mempunyai masalah kesihatan seperti gout, sakit jantung dan kencing manis.

Jenazah akan dimandi dan dikafankan di sebuah masjid di Kampung Tunku, Petaling Jaya selepas solat Jumaat hari ini. Al-fatihah. (rtky/m)