fbpx

Johan & Isteri Selamat Sambut Kelahiran Anak Perempuan Pertama

Minggu lalu dengar juga ura ura mengatakan yang isteri kepada pelawak terkenal Johan sudah pun selamat melahirkan anak perempuan pertama pasangan ini namun tidak dapat disahkan kerana kedua duanya tidak dapat dihubungi untuk berikan komen.

Menerusi akaun Instagram pasangan ini, Johan dan Ozlynn mengumumkan mereka sudah selamat menyambut kelahiran seorang bayi perempuan pada 25 November yang lalu dan lahir dengan berat 4.11kg. Johan bagaimanapun turut menyampaikan berita sedih.

BACA: Ozlyn Wati Tak Ambil Kisah Perangai Pengikut Di Instagram

“Isteri saya telah pun selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pada 25hb Nov dengan berat 4.11kg. Seperti biasa saya tak pernah kongsikan wajah penuh anak anak saya & rezeki masing masing kalau dapat berjumpa depan depan”

Johan & Isteri Selamat Sambut Kelahiran Anak Perempuan - ROTIKAYA

“Maaf jika ada yang tidak terbalas Whatsapp atau text dgn kata kata tahniah. Saya perlu beri isteri saya ruang untuk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dengan berita yang sedih”

“Nenda kesayangan kami telah kembali ke rahmatullah dan selamat dikebumikan semalam. Harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dari kalian,” tulis Johan.

Tahniah atas kelahiran baru ini dan takziah dari kami atas pemergian nenek tersayang. (rtky/m)