fbpx

Johan, Isteri Dedahkan Nama Anak Perempuan

Walaupun pasangan ini mengambil keputusan untuk tidak mendedahkan wajah anak anak mereka namun menerusi kiriman gambar di akaun Instagram, peminat boleh melihat beberapa keping gambar anak perempuan pertama pasangan ini lebih dekat.

Selain itu Johan dan isterinya Ozlynn juga berbesar hati untuk berkongsi nama yang diberikan buat anak mereka itu. Mereka sepakat untuk memilih nama Nur Latifah Chantiq Hanania dan bayi comel itu boleh mula dipanggil dengan nama pendek, Chantiq.

BACA: Johan & Isteri Selamat Sambut Kelahiran Anak Perempuan Pertama

“Hari ini papa nak bagitau nama baby Nur Latifah Chantiq Hanania, so uncle & aunty boleh panggil saya Chantiq. Hari ini juga papa belanja dari sisi tepi gambar saya, nak tengok muka saya penuh memang papa dan mama tak bagi”

“Tapi kalau jumpa depan depan papa dan mama kasi tengok muka saya puas puas cuma hendak bergambar penuh je papa cakap tak boleh,” tulis mereka di Instagram.

Kami suka pasangan ini yang tidak terlalu mendedahkan kehidupan peribadi mereka lelbih lebih lagi soal anak anak, rasa lebih eksklusif. Apa pun, berikut beberapa keping gambar terbaru Chantiq untuk tatapan anda semua. Enjoice! (rtky/m)