fbpx

Johan As’ari: Keluarga Restu & Sedia Pinang Shila Amzah

Gossip percintaan antara dua selebriti popular ini nampaknya memang benar benar mencuri perhatian ramai walaupun kedua dua mereka menafikan sebarang hubungan cinta dan berkata hubungan tidak lebih dari sekadar kawan biasa.

BACA: Tiada Sebarang Hubungan Cinta Antara Saya Dan Johan As’ari

Menariknya hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari mendedahkan yang sebenarnya dalam keluarga beliau pernah timbul perbualan tentang hubungan bersama Shila Amzah dan potensi untuk bergelar isteri. Aww yeah!

Menurut Johan As’ari yang di’temubual, ibu bapanya merestui & pernah meluahkan hasrat untuk meminang Shila andai wanita itu merupakan pilihan hatinya.

“Ayah ada cakap kalau betul dengan Shila, dia akan cuba meminang. Mungkin pandangan orang tua melihat Shila sebagai wanita Muslimah yang baik, bertudung malah ke mana sahaja bersama orang tuanya,” ujar Johan As’ari.