fbpx

Johan As’ari Doakan Lana Nodin Bahagia

Pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Lana Nodin satu ketika dahulu, Johan As’ari mengakui dia turut berasa gembira dengan perkhabaran bahawa Lana akan berkahwin Mei ini malah pelakon ini juga menyatakan dia mendoakan mereka (Lana dan bakal suami) akan menemui kebahagiaan sehingga ke akhir hayat.

BACA: Ibu Johan As’ari Kini Diserang Strok, Mohon Doa Peminat

“Saya mendapat tahu tentang berita Lana bakal berkahwin daripada laporan media dan sebagai lelaki yang pernah rapat dengannya saya gembira dengan berita itu kerana dia menemui cinta sejatinya. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan berharap Lana akan bahagia bersama lelaki pilihannya sehingga ke akhir hayat,” katanya ketika dihubungi mStar Online semalam.

Walaupun perhubungan mereka terputus di tengah jalan namun pelakon ini menjelaskan dia tidak pernah menyimpan dendam atau benci terhadap Lana sebaliknya menganggap kehadiran wanita itu banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan.

“Lana adalah seorang wanita yang baik dan sepanjang mengenalinya dia banyak mengajar saya tentang cara untuk memahami kaum wanita dengan lebih baik. Meskipun tiada jodoh diantara kami itu bukan bererti saya perlu membencinya kerana dia pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya. (rtky/syfq)