fbpx

Joe Flizzow & Sona One Tampil Kejutan Di Pentas AJL 29

Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow & Sona One bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.

Manakala naib juara telah disandang oleh Shila Amzah menerusi lagu Masih Ada Cinta & menerima RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

GALERI: Gaya Selebriti Di Karpet Merah Jambu Anugerah Juara Lagu Ke 29 (AJL 29)

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Mojo feat. Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta yang mendapat pujian ramai sepanjang acara berlangsung. Tahniah kepada para pemenang AJL 29! (rtky/m)