fbpx

Jihan Muse Nafi Sara Hidup Suami

Baru-baru ini terdengar khabar berita mengatakan pelawak dan pelakon Jihan Muse menanggung suaminya, Ungku Hariz Faizal. Bagaimanapun Jihan yang ditemui di majlis sidang media Jihan Show, menafikan perkara tersebut.

BACA: “Orang Nampak Saya Bergantung Hidup Pada Jihan”

“Saya tak rasa seperti itu, sebab sampai sekarang sudah kahwin tidak ada apa-apa pun. Duit saya, duit sayalah. Nafkah tidak ada masalah apa yang patut dia bagi, Alhamdulillah dia mampu. Setakat Ku Hariz nak membela Jihan Muse mampu zahir dan batin, ” katanya yang ditemui pada petang kelmarin.

Jihan turut tidak bersetuju apabila orang berkata sedemikian terhadapnya. Namun dia menghormati setiap pandangan masyarakat terhadap dirinya.

“Saya tak setuju orang cakap begitu, tapi saya tak salahkan juga mereka. Terpulang pada pandangan masing-masing janji kita laki bini tahu, apa yang kita nak dapat,” katanya kepada Rotikaya.

Dalam pada itu, Jihan turut menjelaskan bahawa dia bukanlah seorang penggemar barangan mewah, dan sekiranya dia mahu memiliki akan barangan tersebut dia akan berusaha sendiri untuk mendapatkannya.

“Saya bukan high maintenance dan luxury. Kalau saya nak benda mahal ke apa, saya ada duit. Kita pakai duit kita, dan kenapa nak susahkan suami,” tambahnya lagi. (rtky/h)