fbpx

Jejai Nafi Tuduhan Buruk Fasha Sandha

Baru-baru ini, dilaporkan bahawa Fasha Sandha telah pun membuat laporan polis atas dakwaan diganggu oleh bekas suaminya, iaitu Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali sebagai Jejai. Bagaimanapun, Jejai menerusi Utusan Online menafikan dakwaan tidak berasas berikut.

BACA: Fasha Sandha Buat Laporan Polis Terhadap Jejai

“Saya sendiri menuntut supaya pihak berkuasa siasat perkara ini untuk tahu kebenarannya. Biar masyarakat tahu sama ada ‘cerita’ itu benar atau sebaliknya. Saya sendiri hairan kenapa cerita seperti itu boleh timbul, sedangkan tidak ada satu pun yang benar mengenainya,” kata Jejai lagi.

Jejai dalam masa yang sama turut menjelaskan bahawa dia kini sedang berbincang dengan peguamnya untu mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang telah mengaibkan dirinya dengan menyebarkan pelbagai andaian buruk semenjak dia bercerai dengan aktres popular itu.

Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012 sebelum mengambil keputusan bercerai pada 20 Januari lalu.
Hasil perkahwinan selama empat tahun itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma. (rtky/s)