fbpx

Janna Nick Tak Selesa Pakai Gaun Seksi

Pernah dikatakan berlagak diva kerana menolak untuk memakai pakaian seorang pereka, Janna Nick tampil menjelaskan bahawa beliau hanya bersikap jujur untuk tidak memakai koleksi pereka itu kerana ianya terlalu seksi dan tidak bersesuaian dengan imejnya. Dalam kejadian itu, Janna turut didakwa menarik muka kerana tidak menyukai koleksi tersebut.

BACA: Janna Nick Mohon Maaf Isu Komen Di Instagram

“Ya, benar, saya memang tidak mahu memakai baju-baju dia. Saya cakap jujur saja, baju yang dia sediakan adalah tidak sesuai. Baju yang kedua pula sejenis gaun, ianya sangat seksi tanpa tali, di paras peha sahaja. Bayangkan, itu bukan imej saya. Takkan saya nak merosakkan imej sendiri dengan berpakaian seksi hanya demi menjaga hati orang lain”

“Saya ada juga pakai salah satu baju dia walau pun gaun itu hanya dengan lengan pendek paras bahu. Apabila saya masuk bilik untuk mencuba baju ke-empat, dia terus balik bawa semua baju tanpa bercakap sepatah pun dengan saya. Saya tak akan ubah cara pemakaian semata-mata untuk memuaskan hati mana-mana pihak,” katanya kepada Utusan Online.

Terkilan dituduh menarik muka, Janna sebolehnya ingin bertemu dengan pereka tersebut bagi menyelesaikan perselisihan faham diantara mereka yang sedang tegang. Malah kejadian ini bukanlah kali pertama berlaku, sebelum ini Janna pernah dikatakan berlagak dan tidak mesra dengan orang sekaligus menguatkan lagi dakwaan pereka tersebut.

Apapun, mungkin hanya berlaku salah faham diantara mereka. Bagus juga jika Janna bersemuka dengan pereka itu, sekurang-kurangnya dapat meleraikan apa yang terbuku di hati. (rkty/w)