fbpx

Janna Nick: Saya Tidak Hirau Orang Nak Cakap Apa

Pelakon yang semakin meningkat naik, Janna Nick menjelaskan bahawa dia tidak menghiraukan sebarang kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya. Jelas pelakon ini, dia hanya mahu menjadi diri sendiri dan terus berkarya dalam bidang seni.

BACA: Janna Nick Nafi Berlagak Diva, Hasut Penerbit

“Saya jenis tak hirau apa orang nak cakap, kalau saya mahu kongsikan sesuatu dalam Instagram, saya post sahaja tanpa bermekap tebal atau berbulu mata palsu. Saya tak peduli pun orang nak cakap tak lawa ke apa kerana saya tak meletakkan diri saya sebagai artis dan hidup saya macam orang biasa serta mahukan orang tahu itulah diri saya yang sebenar,” katanya kepada Rotikaya.

Di sebalik kontroversi yang melandanya baru-baru ini, Janna memberitahu ibunya tidak pernah mengambil pusing akan hal itu dan lebih percaya apa yang dilakukannya itu. Pun begitu, Janna berkata dia tidak pernah mengambil kesempatan di atas kepercayaan yang diberikan oleh ibunya itu.

“Mak lebih kenal saya dan dia tahu keadaan sebenar serta tidak mengambil pot akan hal sebegitu. Malah tidak pernah bertanya lanjut soal perkara itu. Mak saya juga jenis yang percaya apa yang saya lakukan tapi di sebalik itu, saya tidaklah mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberikannya itu,” jelasnya. (rtky/h)