fbpx

Janna Nick Nafi Berlagak Diva, Hasut Penerbit

Baru-baru ini ada dakwaan mengatakan pelakon yang semakin meningkat naik, Janna Nick sudah belagak diva dengan menghasut penerbit dan pengarah untuk tidak mengambil pelakon yang tidak disukai beliau. Namun, Janna menafikan sekerasnya dakwaan terbabit kerana mempercayai ada pihak yang cuba burukan namanya.

BACA: Janna Nick Elak Adegan Berpelukan

“Saya tidak pernah cuba berbuat begitu. Soal pilihan pelakon adalah hak penerbit dan stesen TV untuk menentukannya. Saya tidak tahu bagaimana isu ini boleh timbul. Mungkin ada pihak yang sengaja menggunakan nama saya untuk menutup perkara sebenar yang dilakukannya”

“Barangkali pelakon yang dicadangkan itu tidak diterima stesen TV kerana karakter tidak sesuai. Mereka menggunakan alasan dengan mengaitkan nama saya untuk menutup perkara sebenar. Sekiranya ada yang bertanya, saya tidak akan lari dan cuba menjawab dengan baik untuk memperbetulkan keadaan,” katanya kepada Berita Harian Online.

Tambah pelakon yang pernah mengungguli kategori Artis Pilihan anugerah DFKL 2016, tiada sebab untuk beliau mengelak dari menjawab soalan berkenaan kerana cerita itu sememangnya tidak benar. Malah, katanya lagi apa yang penting adalah beliau tahu menjaga diri sepanjang berada dalam industri seni ini. (rkty/w)