fbpx

Jamil Sulong Meninggal Dunia

Pengarah filem veteran, Datuk Jamil Sulong meninggal dunia di kediaman salah seorang anaknya di Bukit Utama, Damansara dekat sini pada pukul 9.35 malam ini.

Allahyarham yang berusia 88 tahun dimasukkan ke sebuah hospital pada 28 Ogos lalu ekoran angin ahmar dan dibenarkan kembali ke rumah pagi tadi.

Menurut salah seorang anak beliau, Doktor Anwardi, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Janda Baik selepas solat Jumaat esok.

Antara filem arahan Allahyarham sewaktu mudanya adalah `Batu Belah Batu Bertangkup’, `Lela Manja’ dan `Ranjau Sepanjang Jalan’. – Utusan Malaysia