fbpx

Jamal Abdillah Akui Sunyi, Cari Wanita Bertudung

Mengakui sunyi dan memerlukan teman hidup, Datuk Jamal Abdillah yang kini berusia 56 tahun menyatakan isi hatinya bahawa dia terasa keseorangan malah turut menjelaskan meminati wanita bertudung untuk dijadikan isterinya.

BACA: Jamal Abdillah Bersedia Bantu Zamani Slam

“Saya ini seperti anda semua semestinya ingin mempunyai teman hidup (isteri), namun sehingga kini masih tidak dapat mencapai impian itu. Sekarang rasa terhibur kerana dikelilingi ramai peminat, tetapi apabila tiba di rumah terasa sunyi kerana keseorangan”

“Saya meminati perempuan yang bertudung dan tidak kisah dari mana,” katanya dipetik daripada Harian Metro ketika membuat persembahan di Konsert Gemilang Bersama Datuk Jamal Abdillah di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Penyanyi tersohor ini mengakui dia masih menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga kerana kesunyian semakin dirasai selepas agak lama hidup solo. Jamal sebelum ini pernah berkahwin tiga kali.

Dua daripada perkahwinan itu beliau dikurniakan dua anak lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani. Jadi kepada peminat Jamal Abdillah, ini berita baik buat anda. Jika sudah jodoh, memang tidak ke mana. (rtky/s)