fbpx

JAKIM Bantah Konsert Lamb Of God, Tidak Selari Syariat Islam

Lamb of God di’jadual akan membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia pada 28 September 2013 ini tetapi laporan media terbaru menyebut yang kehadiran kumpulan ini sudah pun menerima pelbagai bantahan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendesak pihak berkuasa tidak meluluskan permit kemasukan kumpulan metal itu ke Malaysia kerana di’khuatiri akan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkat bantahan itu di’buat berikutan genre muzik kumpulan berkenaan yang pernah membuat persembahan dengan mencampuradukkan lagu metal dengan bacaan ayat ayat suci al-Quran.

“Kumpulan itu juga pernah mengundang kontroversi sebagai sebuah kumpulan yang memuatkan unsur spiritual jahat dan anti ketuhanan oleh masyarakat Kristian sendiri,” ujar beliau lagi.

Datuk Othman Mustapha menambah lagi yang persembahan muzik secara keterlaluan sehingga menyebabkab penonton hilang kawalan boleh mencetuskan pelbagai masalah lain termasuk insiden pergaduhan & merosakkan harta benda awam.