fbpx

JAIS Berpuas Hati Dengan Bukti Dokumen Nikah Datuk Ramli MS, Alyah

Berikut merupakan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada para media yang hadir sebentar tadi.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan bahawa Dato Ramli Bin Mohamed Salleh telah hadir ke Bahagian Penguatkuasaan pada jam 3.00 petang. Dokumen yang dipohon oleh JAIS telah diserahkan kepada pegawai penyiasat.

BACA: Tidak Salah Ramli MS, Alyah Sorok Nikah, Kata Ustaz Kazim Elias

Antara dokumen yang diserah adalah pasport perjalanan Noor Hasilah Binti Abu Hasan, pasport perjalanan Dato Ramli bin Mohamed Salleh dan buku nikah pasangan suami & isteri.

Bagi melengkapkan siasatan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon agar Dato Ramli Bin Mohamed Salleh menyerahkan bukti sokongan iaitu pengesahan dari kedutaan Indonesia berkaitan pernikahan beliau.

BACA: Ramli MS, Alyah Rancang Resepsi Tertutup Pada Hujung September Ini

Keterangan diberikan oleh pihak beliau memuaskan hati Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan siasatan berjalan lancar berikutan kerjasama yang diberikan pihak beliau.

Sebagai makluman umum, tarikh pernikahan Dato Ramli Bin Mohamed Salleh bersama Noor Hasilah Binti Abu Hassan adalah pada 18 Mac 2013. (rtky/m)

740104177_12339566860712425698