Jadual & Maklumat Terkini Twin Towers Alive 2012 Menampilkan SNSD, Orianthi Dan Lain Lain | ROTIKAYA

Oleh RotiKaya Staff pada
22 March 2012, 12:03PM

Dalam masa seminggu, satu Malaysia heboh tentang kehadiran bintang dengan nama besar yang bakal memeriahkan konsert Twin Towers Alive 2012 seperti SNSD (Girl’s Generation), Orianthi, Nicole Scherzinger & Kelis.

Kalau anda masih belum perasan, semuanya adalah wanita & mereka ini bakal gegarkan kawasan sekitar KLCC dengan konsert percuma selama dua hari.

Berikut adalah jadual ringkas & beberapa maklumat penting yang perlu anda tahu sebelum turun ke KLCC bermula esok hari. 

Twin Towers Alive 2012: Pintu akan mula di’buka jam 6.30 petang untuk kedua dua sessi konsert pada 23 & 24 Mac 2012.

23 Mac 2012 (Jumaat) : Nicole Scherzinger, SNSD (Girls’ Generation), James Baum, Reshmonu, DJ Nadine, di’hoskan oleh Jojo Strus.

24 Mac 2012 (Sabtu) : Orianthi, Kelis, Faizal Tahir, dan DJ Nikki, di’hoskan oleh Deborah Henry

Tiket awam: Konsert ini adalah percuma untuk orang awam di’kawasan awam.

Tiket untuk kawasan khas: Beli barangan cenderahati 2012 Formula 1™ PETRONAS Malaysia Grand Prix Showcase di Suria KLCC bernilai RM150 akan melayakkan anda untuk menerima dua (2) tiket ke Fan Zone. Tiket akan sah untuk kedua dua hari konsert berlangsung.


Komen & Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>