fbpx

Jackie Chan Terima Gelaran Datuk Sempena Hari Wilayah Persekutuan

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang pelakon Hong Kong dan juga bintang Hollywood, Jackie Chan akan dikurniakan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan, esok.

Beliau antara 71 individu yang akan menerima darjah kebesaran PMW daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara. Yang turut menerima PMW adalah penceramah terkenal tanah air, Mohd. Kazim Elias.

Ini bukan kali pertama Malaysia kurniakan gelaran kepada individu dari luar negara terutamanya pelakon. Pada Oktober 2008, kerajaan Melaka mengumumkan bintang Bollywood, Shah RUkh Khan dikurniakan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk.

Perkara tersebut menjadi perbualan hangat bertahap kontroversi kerana ramai pihak, termasuk Persatuan Seniman mempersoalkan sumbangan beliau kepada negara ketika itu. Adakah Jackie Chan juga akan menerima kritikan yang sama? (rtky/m)