fbpx

Izzue Islam Pilih Pengurus Sendiri, Bakal Nikah 2 Jun ini

Salah seorang ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam telah mengesahkan bakal bernikah dengan wanita pilihan pada 2 Jun ini.

Majlis pernikahan dan juga persandingan tersebut nanti dilakukan serentak dimana Izzue Islam bakal dinikahkan bersama Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya.

Menurut Izzue lagi, tarikh tersebut dipilih bersempena tarikh lahir dirinya yang ke-24 dan menganggap gosip liar mengenai dirinya berkenaan isu kekasih dan berkahwin adalah tidak sesuai dijawab jika belum ada kata putus mengenainya, sekarang apabila perkara sudah pasti Izzue tanpa segan silu menwar-warkan berita gembira tersebut.

“Ketika gosip itu tersebar, saya tidak mengiyakan dan menidakkan kerana ketika itu semuanya masih belum pasti dan apabila kami sama-sama mengambil keputusan untuk bernikah, barulah saya mula bercerita,” ujar Izzue Islam.