fbpx

Izreen Azminda Akui Selesa Berkawan Dengan Bekas Suami

Menerusi laporan Berita Harian, Izreen Azminda menjelaskan bahawa hubungan baik di antara dia dan juga bekas suami, Riza Baharuddin tidak mungkin membuatkan mereka kembali merujuk kerana dia lebih selesa menganggap Riza sebagai kawan.

BACA: Izreen Azminda & Bekas Suami Profesional Bekerjasama

“Memang kami tidak bermusuh atau menjadikan alasan perceraian itu untuk berenggang. Mungkin ketika awalan perceraian kami terjadi, keadaan masih tegang dan semua itu baharu terjadi…lalu baik saya dan dia masing-masing mempunyai ego tersendiri”

“Ikutkan dua bulan selepas kami bercerai, kata sepakat sudah diperoleh untuk kami berbaik. Sebaiknya kami memilih jalan selamat dan positif. Ia untuk kepentingan anak kami juga. Saya sendiri maklumkan kepadanya, bergaduh lama pun tiada guna kerana mahu atau tidak kami perlu berurusan juga kerana nak berjumpa anak,” katanya yang ditemui di majlis akikah anaknya yang diadakan semalam.

Selain daripada itu, Izreen juga mengakui selesa dengan apa yang terjalin ketika ini malah dia sendiri tidak bertegas dalam soal anak kerana pelakon ini memberikan kebebasan buat bekas suaminya itu untuk berjumpa anak pada bila-bila masa.

Bagaimanapun Izreen yang kini kelihatan bahagia menafikan bahawa dia sudah pun mempunyai pengganti malah turut mengakui bahawa dengan ketiadaan lelakilah hidupnya indah ketika ini namun dalam masa yang sama tidak menolak kehadiran lelaki di dalam hidupnya. (rtky/s)

GAMBAR IHSAN: dmuslimphoto