fbpx

Izreen Azminda Sahkan Sudah Bercerai Talak Satu

Khabar angin yang mengatakan pasangan ini telah bercerai di sebuah lokasi penggambara dek kerana bergaduh besar menjadi bualan mulut ramai beberapa minggu lalu.

BACA: Suami Ceraikan Izreen Azminda Di Lokasi Penggambaran

Hari ini menerusi laporan media, Izreen Azminda telah sah bercerai dengan Muhammad Riza Baharuddin di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah, kelmarin.

Mereka bercerai secara baik & Izreen Azminda tidak membuat sebarang tuntutan daripada bekas suami termasuk soal penjagaan anak tunggal mereka, Adrian Umar, 10 bulan.

“Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa,” jelas Izreen Azminda mengesahkan perkara ini. (rtky/m)