fbpx

Berkemban, Izreen Azminda Hanya Menurut Kehendak Watak

Tidak mahu melepaskan peluang tampil di pentas teater, Izreen Azminda menyatakan bahawa penampilan berkemban beliau di dalam Takhta 3 Ratu hanyalah menurut kehendak watak.

“Dari awal lagi saya sudah tahu watak tersebut memerlukan saya berkemban.  Malah Erma juga bertanya sama ada saya bersedia atau tidak untuk tampil sedemikian”  

“Apabila saya menerima tawaran membawakan watak Galuh, saya tahu ia akan jadi isu. Tapi saya anggap ia normal apatah lagi setelah dipentaskan”

BACA: Isu Kemban Dalam Karya, Erma Fatima Tak Mahu Ambil Pusing

“Segala komen dan kritikan adalah di luar kawalan saya.  Lagi pula saya bukannya nak sangat berkemban, cuma sekadar menjayakan tuntutan watak tersebut,” katanya. 

Sebelum ini, Erma Fatima selaku pengarah teater tersebut berharap agar isu berkemban tidak menjadi isu dan menyerahkan kepada penonton untuk menilai perkara itu. (rtky/syfq)