fbpx

Izreen Azminda Anjur Majlis Doa Selamat Sempena Bertudung

Awal bulan April lalu, muncul berita mengatakan yang pelakon Izreen Azminda mula membiasakan diri untuk mengenakan tudung sebagai salah satu langkah awal untuk berhijrah ke fasa yang lebih baik dan nampaknya penghijrahan beliau kini lengkap dengan majlis doa selamat.

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Izreen Azminda memuatnaik beberapa keping gambar di sekitar majlis doa selamat bersempena penghijrahan beliau yang diadakan sekaligus dengan sambutan ulangtahun kelahiran rakan pelakon, Fahrin Ahmad.

BACA: Izreen Azminda Akui Kini Mula Biasakan Diri Untuk Bertudung

Rata rata peminat meninggalkan komen mendoakan yang penghijrahan Izreen Azminda ini berkekalan dan bersyukur pelakon itu sudah diberi petunjuk untuk berhijrah ke satu fasa yang lebih baik dalam kehidupan. Tidak kurnag juga mendoakan jodohnya bersama Fahrin Ahmad.

Maklumlah mereka kali ini bersama sama meraikan hari penting dalam kehidupan mereka, mana tahu berjodoh pula di masa akan datang ‘kan? Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad pun nampak sama cantik sama padan dalam gambar sekitar majlis ini. Enjoice! (rtky/m)

GAMBAR IHSAN: DMUSLIM PHOTOSTUDIO