fbpx

Isu Sokong Pembangkang: Ning Baizura Serahkan Pada Peguam

Okay. Kami ingatkan kecaman Ning Baizura terhadap mereka yang menyebarkan khabar palsu yang beliau menyokong parti pembangkang sebagai satu penamat.

Dalam kenyataan terbaru kepada Malaysian Digest, Ning Baizura menyatakan hasrat beliau untuk membawa perkara ini ke peringkat yang lebih serius — undang undang.

“Saya ingin menyatakan yang saya menyokong kerajaan yang sedia ada. Saya bangga apa yang saya lihat sekarang. Itulah prinsip saya sejak dari dulu lagi,” jelas Ning Baizura.

Menurut Ning Baizura, beliau tiada masalah dengan penyebaran gambar bertudung kerana ia'nya sesuatu yang baik tetapi tidak senang dengan pihak yang mengambil kesempatan.

Kenyataan melalui akaun Twitter beliau baru baru ini jelas Ning Baizura adalah tindakan terbaik & jangka pendek beliau untuk membersihkan nama dan menjelaskan keadaan.

“Apapun perkara ini masih belum selesai. Saya serahkan segalanya pada peguam saya. Mungkin pihak-pihak yang menyebarkan berita ini harus membuat sesuatu seperti meminta maaf atau menarik semula kenyataan yang dikeluarkan,” tambah Ning Baizura lagi.

zp8497586rq