fbpx

Isu Peluk Zandra Aziela: Anuar Zain Mohon Maaf Kepada Syafiq Rahim

Pasti pengikut setia dunia hiburan terutama peminat setia Anuar Zain masih ingat beliau berpelukan bersama Zandra Aziela yang juga merupakan kekasih kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim.

Berikutan gambar tersebut, khabarnya telah berlaku perselisihan faham diantara Zandra dan kekasihnya, Safiq Rahim.

Ketika ditemui siang tadi, Anuar menjelaskan bahawa dirinya dan Zandra tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa. Malah, menganggap Zandra Aziela tidak lebih dari sekadar kawan lama.

Kebetulan pula ketika gambar itu diambil, mereka berdua sudah bertahun tidak saling berjumpa dan teruja untuk bergambar bersama.

“Memang saya terkejut bila tiba-tiba kecoh pasal gambar tu. Kami memang tiada apa apa hubungan selain memang berkawan lama. Sebenarnya kami terserempak diluar. Saya dan Zaza (Zandra) dah bertahun tak jumpa. Jadi bila dah jumpa tu, jadi excited bergambar”

Sehubungan dengan itu, Anuar dengan gentleman memohon maaf kepada pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim berkenaan gambar mesranya bersama kekasihnya yang juga merupakan pemain boling kebangsaan negara.

Bagaimanapun, Anuar Zain berharap isu tersebut tidak akan diperbesarkan lagi selepas ini.