fbpx

Isu Peluk Kekasih, Mawar Rashid Dakwa Jadi Mangsa

Baru-baru ini gambar intim Mawar Rashid bersama kekasih yang dikatakan di atas katil telah pun tersebar di laman sosial. Menafikan perkara tersebut berlaku di atas katil (atas sofa Mawar kata) pendatang baru dalam industri seni ini memohon maaf di atas perkara tersebut.

BACA: Gambar Mawar Rashid Berpeluk Dengan Kekasih Dikritik Peminat

“Tidak dinafikan ada pihak yang pihak yang mengmabil gambar lama saya dan menggunakannya untuk menjatuhkan saya. Namun saya enggan menuding jari kepada mereka. Ini salah saya sendiri kerana tidak mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memilih untuk bergerak aktif dalam bidang seni”

“Bagi saya, setiap orang mempunyai kisah silam dan sejarah hitam sendiri. Namun janganlah ia digunakan untuk menjatuhkan individu tersebut,” kata Mawar kepada BH Plus yang turut menyatakan bahawa perkara tersebut dilakukan oleh individu yang ingin melihat kerjayanya jatuh.

Selain itu, Mawar juga mengakui dirinya masih baru di indistri seni tanah air dan akan mengambil langkah berjaga-jaga selain berfikir dahulu sebelum memuatnaik gambar yang boleh meninggalkan persepsi tidak elok kepada peminat. (rtky/s)