fbpx

Isteri U-Wei Ditemui Mati Di Pantai Amerika Syarikat

Isteri kepada pengarah filem tersohor tempatan, U-Wei Saari, Diana Gail Saari, 62, ditemui mati di perairan sebuah pantai di Alameda, California, Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu setelah tujuh hari dilaporkan hilang.

BACA: U-Wei Hj Shaari: Seniman Itu Lebih Tinggi Tarafnya Daripada Ulama

2- Isteri U-Wei Ditemui Mati Di Pantai Amerika Syarikat - ROTIKAYA

“Terima kasih. Doakan rohnya dirahmati, ditenangi dan disenangi Allah dan berada bersama orang-orang yang beriman,” katanya dalam maklum balasnya kepada Bernama melalui Whatsapp selain enggan mengulas lanjut.

Sebelum itu, pada Rabu lalu, U-Wei dalam catatan di laman Facebooknya menulis – i love you usah (gail). Status berkenaan dipenuhi dengan ucapan takziah sejak semalam daripada kaum keluarga dan rakannya, termasuk rakan seni seperti Sabri Yunus, Pyanhabib, Khalid Salleh, Siti Zainon Ismail dan Eman Manan.

The San Francisco Chronicle dalam portalnya www.sfgate.com melaporkan jasad Gail dijumpai oleh Unit Marin Jabatan Polis Oakland di perairan luar pantai Alameda, California pada petang Jumaat (waktu tempatan) selepas diadukan hilang lebih seminggu.

U-Wei adalah pengarah tersohor tempatan yang pernah mencipta nama melalui filem Perempuan, Isteri dan… pada pertengahan 1990-an. Selain itu karya beliau termasuklah Kaki Bakar, Jogho, Buai Laju-Laju dan beberapa filem pendek lain. (rtky/s)