fbpx

Isteri Tidak Setuju Andy Flop Poppy Kahwin Lain

Mengakui terkejut dengan pengakuan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh suaminya, baru-baru ini, isteri kepada vokalis kumpulan Flop Poppy, Andy iaitu Nurul Shafizan Othman menjelaskan bahawa dia tidak pernah bersetuju dengan perkahwinan kedua suaminya itu.

BACA: Andy Flop Poppy Akui Kahwin Lagi Satu

“Saya tidak setuju dengan perkahwinan itu. Biar Allah yang tentukan. Moga rumah tangga saya dapat kembali kepada asal. Mungkin ini dugaan saya dengan anak-anak. Selebihnya, saya enggan komen lanjut,” katanya kepada mStar Online.

Baru-baru ini, Andy sendiri membuat pengakuan mempunyai isteri kedua melalui Instagram miliknya dan mendedahkan di akhbar Kosmo! bahawa sudah bernikah buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Aliaah Abdullah.

“Ya, dia adalah isteri saya. Kami pasangan suami isteri yang sah dan Baby memberi kebenaran kepada saya untuk untuk bernikah kali kedua,” katanya. Disember tahun ini, usia perkahwinan Andy bersama Shafizan bakal menjangkau usia 24 tahun. (rtky/s)