fbpx

Isteri Shukri Yahya, Tya Adnan Sah Hamil 2 Bulan

Pelakon Shukri Yahya, 27 memberitahu kini isterinya Tya Adnan kini sedang hamil 2 bulan.

“Alhamdulillah isteri saya hamil 2 bulan,” katanya yang ditemui media di Majlis Pelancaran Koleksi Pakaian Furby and Sugar.

Tambahnya lagi, dia begitu teruja setelah diberitahu akan berita kehamilan isterinya dan sudah tidak sabar untuk bergelar seorang bapa.

BACA: Di Sekitar Majlis Resepsi Shukri Yahaya Dan Tya Adnan

“Saya terharu dan bercampur gembira apabila isteri memberitahu sedang hamil anak kami,” kata pelakon itu yang teruja untuk mendapat anak tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Shukri Yahya dan Tya Adnan mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu selepas 2 tahun mengikat tali pertunangan. (rtky/h)