fbpx

Isteri Saharul Ridzwan Sedang Hamil?

Pasangan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa bulan dulu, Saharul Ridzwan dan isteri khabarnya bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Menerusi akaun Instagram beliau, Saharul seolah berkongsi berita gembira itu dengan memuat naik gambar perkembangan bayi berserta kepsyen mengucap tanda syukur dengan rezeki diberikan.

BACA: Saharul Ridzwan Akui Rezeki Melimpah Ruah Selepas Kahwin

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, doakan Allah melindungi kami. Salam maghrib semua,” katanya dengan ringkas dan bersahaja berkongsi berita kehamilan isterinya menerusi Instagram.

Tidak lama selepas gambar tersebut dimuat naik, ramai mula membanjiri ruangan komen pelakon kesayangan mereka itu untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan romantis ini. Ramai juga yang tidak putus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan mereka.

Pun begitu, Saharul masih belum memberikan sebarang komen mengenai kenyataan tersebut. Apapun, jika benar berita ini, tahniah diucapkan kepada Saharu dan isteri. Semoga perkahwinan yang dibina lebih bermakna dan bahagia bersama anak pertama nanti. (rkty/w)