fbpx

Isteri Pertama Enggan Buka Aib Adi Putra

Walau bermacam spekulasi dan kenyataan dikeluarkan sejak Adi Putra bertindak untuk bernikah buat kali kedua secara diam, namun bagi seorang isteri, Aida Yusof tetap memegang prinsipnya yang tersendiri. Bagi beliau segala persoalan sudah terjawab dan dirinya tidak akan sesekali mengaibkan suaminya walau dalam apa jua keadaan yang menimpa.

BACA: Adik Ipar Dakwa Adi Putra Menipu

“Sebagai suami, Adi sudah pun menjelaskan segalanya dalam sidang media yang dilakukannya baru-baru ini. Dia mengaku sudah berkahwin lagi. Jadi, saya anggap itu adalah benar dan segala desas-desus sudah terjawab. Selain itu, saya juga mempunyai prinsip yang sendiri iaitu tidak akan sesekali mengaibkan suami saya walau dalam apa juga keadaan sekalipun”

“Saya menghormati tugas para wartawan untuk mendapatkan berita. Tetapi, saya seboleh mungkin mahu mengelakkan untuk menjadikan sesiapa mangsa keadaan, buat waktu ini. Bagaimanapun kalau ada sesiapa mahu meramalkan apa-apa tentang kami, apa yang boleh saya katakan, tunggu sahajalah,” katanya kepada akhbar Utusan malaysia mengenai perkara berkenaan.

Terdahulu, adik kepada Aida yang ingin dikenali sebagai Shah telah tampil mendedahkan perangai sebenar Adi yang dikatakan seorang kaki penipu. Dalam kenyataan yang sama, Shah turut mendakwa bahawa Adi sudah banyak menimbulkan masalah didalam keluarga Aida sehingga beliau tidak tahan lagi melihat kesedihan itu dan tampil kepada media. (rkty/w)