fbpx

Isteri Harith Iskander Hamil Anak Ketiga

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan kelima pada 13 Jun ini, Harith Iskander dan isterinya, Jezamine Lim, mahu berkongsi kegembiraan apabila mereka bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.

BACA: Harith Iskander Tegur Peminat Tiru Lawak Di Twitter

Menurut Jezamine yang kini sedang hamil empat bulan setengah, mereka sememangnya teruja dan bersyukur dengan rezeki yang diberi lebih-lebih lagi sebelum ini, kandungannya mempunyai kompilasi.

“Kami tidak pernah merancang soal anak dan apabila diberitahu diri saya hamil, kami berdua teruja sangat. Sebenarnya ini kali pertama kami berkongsi perkara ini kepada orang luar. Kami tidak umum tentang berita kehamilan ini kerana sebelum ini kandungan saya mempunyai komplikasi”

“Sepatutnya kandungan saya kembar, namun tak jadi sebab ada masalah. Jadi, saya lebih berjaga-jaga untuk kandungan ini dan Harith pun sudah macam polis bila berada di rumah,” jelas Jezamine baru-baru ini.

Sementara itu, Harith menyatakan ketika ini dia meletakkan keluarga sebagai keutamaannya dan jika diberi pilihan sama ada kerja atau keluarga, dia memang akan memilih keluarga. Malah dia juga menerima dengan hati yang terbuka rezeki yang dilimpahkan kepada keluarganya. (rtky/s)