fbpx

Isteri Aliff Aziz Tidak Halang Berlakon Adegan Romantik

Memahami kerjaya suaminya sebagai seorang pelakon, pasangan pengantin baru, Bella Astillah selaku isteri kepada Aliff Aziz menyatakan bahawa dia tidak mahu menyekat kebebasan suaminya dalam meneruskan kerjaya.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Aliff Aziz, Bella Astilla

“Saya memahami kerjaya Aliff. Saya tiada halangan dan tidak akan meletakkan batas untuk Aliff berlakon dengan aktres wanita lain. Dia sangat berbakat dan tiada sebab untuk saya sekat”

“Kadang-kadang, jika ada satu babak romantik, saya yang membantu Aliff dan memberikan nasihat agar dia buat dengan lebih lagi. Saya faham itu semua hanyalah lakonan yang menjadi sebahagian kerjaya Aliff,” katanya kepada Astro Gempak.

Maka apa lagi yang mampu dikatakan oleh Aliff Aziz selain bersyukur kerana mempunyai seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya sebagai seorang insan seni. Apa pun, semoga hubungan pasangan ini kekal hingga ke Jannah. (rtky/s)