fbpx

Isteri Adi Putra: Kami Masih Bersama & Jangan Keruhkan Keadaan

Dua tiga hari ini, peminat dunia hiburan asyik memperkatakan tentang gossip yang mengatakan rumahtangga pelakon Adi Putra kini kembali dalam masalah selepas kes skandal beliau dalam proses untuk dibuka semula oleh pihak polis.

BACA: Adi Putra Enggan Ulas Lanjut Isu Buka Semua Kes Skandal

Adi Putra & isterinya, Noraidah Yusof atau Aida dikhabarkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dek isu siasatan skandal yang bakal dibuka semula.
Bercakap kepada Harian Metro semalam, Aida menafikan khabar angin itu selain berkata perkara ini direka oleh mereka yang memang ingin memporak-perandakan rumahtangga beliau.

“Jangan keruhkan keadaan dengan mengada-adakan benda yang tak ada. Elok tak jadi apa-apa, kita takut pula nanti jadi macam itu (bercerai),” ulas Aida.

“Demi Allah, tidak ada apa-apa berlaku. Saya dan abang sangat terkejut sebab kami okay. Tidak tahulah macam mana benda ini boleh timbul. Saya bukan jenis yang lari atau mengelak dalam apa keadaan sekali pun, tapi ini memang tak betul dan kami masih tinggal sebumbung”

Aida yang berkata beliau baru sahaja menghantar suaminya itu untuk mengerjakan ibadah umrah turut memaklumkan yang mereka sudah pun memaafkan pembawa cerita ini kerana faham ianya asam garam dalam dunia hiburan dan selebriti.

“Saya dan abang faham ini (fitnah) sudah jadi asam garam dunia hiburan. Kami maafkan sesiapa yang menyebar atau sampaikan cerita itu ketika bulan Ramadan begini,” tambahnya. (rtky/m)