fbpx

Iqram Dinzly Mohon Maaf Kepada Zaquan Adha Dan Ayu Raudhah

Semalam melalui akaun Twitter beliau, suami kepada pelakon Ayu Raudhah meluahkan rasa tidak puas hati dengan apa yang terjadi ketika penggambaran filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah dan mengeluarkan arahan menghalang isterinya dari terlibat dengan lakonan.

BACA: Kerana Cemburu, Zaquan Adha Mengamuk Dengan Iqram Dinzly Di Twitter?

Adegan yang menimbulkan rasa tidak puas hati Zaquan Adha itu difahamkan melibatkan pelakon Iqram Dinzly yang membawakan watak suami kepada Ayu Raudhah dalam filem itu. Terdapat satu babak yang memerlukan Iqram Dinzly memukul Ayu Raudhah.

“Untuk Ayu, jika apa yang saya lakukan ketika penggambaran membuatkan dia rasa tak selesa atau sakit, saya mohon maaf. Apa yang kita lakukan ketika itu atas perbincangan bersama. Saya memang tak ada isu dengan Ayu seperti yang diakuinya juga”

“Apa yang saya lakukan sebagai pelakon atas permintaan pengarah. Mungkin saya naik sheikh hingga tak sedar apa yang dilakonkan. Malah ada kawan pelakon saya cakap watak saya seperti benar-benar psiko dan gila dalam filem tersebut”

“Untuk Zaquan, jika rasa lakonan itu membuatkan dia rasa tak suka atau mungkin mencabar dirinya sebagai suami yang tak berkelakuan sedemikian, saya minta dia kalau tak sanggup jangan tengok filem ini,“ ujar Iqram Dinzly kepada Berita Harian hari ini.

Pelakon itu turut menambah yang beliau tidak fikir ini merupakan satu gimik untuk melariskan filem seperti yang didakwa selain mengakui Zaquan Adha ada hak untuk bertindak begitu. (rtky/m)