fbpx

Iqram Dinzly Mengaku Sedang Kenal Hati Budi Uqasha Senrose

Mungkin kini masih terlalu awal buat Iqram Dinzly dan juga Uqasha Senrose untuk membawa hubungan mereka kepada tahap yang lebih jauh malah Iqram sendiri kini menyatakan bahawa dia mula rapat dengan Uqasha ketika menhadiri satu acara di Sarawak.

BACA: Uqasha Senrose, Iqram Dinzly Kini Dilamun Cinta?

“Kami jadi akrab selepas menyertai acara beraya di Kuching, Sarawak yang dianjurkan Lisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi pada 23 hingga 24 Julai lalu. Ziana Zain juga menjadi artis yang diundang selain kami. Masa di Sarawak itu, tak tahulah bagaimana boleh terbit perasaan untuk mengenalinya dengan lebih dekat”

“Kami ada bergurau, mengusik dan bersembang sesama sendiri seperti biasa. Saya tak jangka dan rancang apatah lagi berniat untuk menimbulkan situasi seperti ini. Perasaan ingin kenal itu terbit secara tiba-tiba. Dia (Uqasha) pula jenis yang manja dan boleh menerima usikan serta gurauan secara terbuka”

“Kemudian kami boleh jadi ngam. Saya pun sudah lama tak ada kawan rapat sesama industri. Semua ini terjadi secara kebetulan. Kalau ada yang tanya, saya selesa mengatakan kami di peringkat berkawan dan seterusnya mengenali hati budi. Memang bunyinya klise tetapi itulah hakikatnya,” jelas Iqram kepada Berita Harian.

Jika hati sudah kenal, mungkin Iqram dan juga Uqasha akan meneruskan kepada hubungan yang lebih serius. Peminat pun sentiasa menyokong pasangan dalam setiap apa yang mereka lakukan. (rtky/s)