fbpx

Individu Menyamar Sebagai Remy Ishak Dan Cuba Lagakan Dengan Rita Rudaini

Hanya kerana sekeping gambar Rita Rudaini bersama anak saudara Remy Ishak dimuatnaik ke akaun Instagram pelakon lelaki itu, ada pula timbul khabar angin yang mengatakan pasangan itu sudah mula bercinta — nyata ianya hanya rekaan dan impian peminat.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini sendiri mengakui yang beliau kurang senang dengan gosip yang sedang diperkatakan ramai ini.

“Maruah saya diperlekeh bila orang luar komen macam-macam. Tahu sajalah status janda ni orang mudah fitnah macam-macam sesuka hati mereka. Kenapa pula isu ini (bercinta dengan Remy) timbul tiba-tiba dan mengapa sekarang?”

#01 Individu Menyamar Sebagai Remy Ishak, Cuba Lagakan Dengan Rita Rudaini - ROTIKAYA

“Sedangkan saya sudah kenal Remy dan pernah berlakon bersama beberapa kali sebelum ini tapi tak ada pun orang nak gosipkan. Hanya kerana saya kebetulan bergambar dengan anak buahnya di lokasi tiba-tiba orang tuduh kami bercinta. Kelakarlah dan tak masuk akal,” ujarnya.

Sementara itu, Remy Ishak menerusi akaun Twitter beliau memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati hati dengan satu akaun Facebook palsu yang digunakan untuk meninggalkan komen negatif di internet melibatkan dirinya dan Rita Rudaini.

#02 Individu Menyamar Sebagai Remy Ishak, Cuba Lagakan Dengan Rita Rudaini - ROTIKAYA

Remy Ishak berkata beliau tidak mempunyai sebarang akaun Facebook. Gigih juga rupanya orang yang berusaha untuk melaga-lagakan dua selebriti ini. (rtky/m)