fbpx

Ikut Cakap Orang Tua, Hairul Azreen Tidak Kerap Bertemu Hanis Zalikha

Persiapan perkahwinan Hairul Azreen dan bakal isterinya pelakon Hanis Zalikha yang sudah siap 80% itu sudah sedikit sebanyak melegakan pasangan ini. Apa yang lebih menarik Hairul memberitahu dia kini cuba untuk mengurangkan aktiviti bertemu dan keluar bersama.

Mereka mengambil keputusan tersebut selepas mendengar nasihat orang orang tua, baginya apa yang baik tidak salah untuk didengar dan diikuti untuk kebaikan pada masa depan.

BACA: Hanis Zalikha Rasa Beruntung Jadi Tunang Hairul Azreen

“Kalau setakat untuk keluar untuk berbincang mengenai kerja itu adalah. Bukanlah tidak berjumpa langsung cuma kita kurangkan, malam kita sudah tidak keluar dan yang terakhir adalah baru-baru ini sewaktu menonton tayangan filem Fast & Furious dan itu pun balik sebelum jam 8 malam”

“Bagi saya untuk percaya atau tidak terpulang pada individu, mana yang baik kita turutkan,” ujar Hairul yang ditemui semasa majlis meraikan ulangtahun ke-30 Media Hiburan.

Menurut Hairil dia mengenali Hanis semasa di zaman laman sosial MySpace sekitar tahun 2004. Ketika itu masing-masing masih berada di persekolahan dan mereka berdua hanya rapat selepas bersama-sama berada dalam industri hiburan tanah air.

“Kalau ikut kenal dia pada zaman MySpace 2004. Waktu itu saya aktif bersukan dan dia masih bersekolah. Kami berkawan betul-betul dalam 2-3 tahun kebelakangan ini,” tambahnya. (rtky/hfz)