fbpx

Idea Berjimat Untuk Lengkapkan Rumah Anda Hujung Minggu Ini

Jika anda mengetahui keistimewaan hujung tahun, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang sangat menawan hati dan penjimatan yang berkali ganda. Jika anda berada berhampiran Shah Alam, ini berita baik buat anda.

3- Idea Berjimat Untuk Lengkapkan Rumah Anda Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA

Modern Living Home Expo 2015 akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam (Seksyen 13) bermula dari esok – 26 November sehinga 29 November 2015 dan dibuka bermula dari 11 pagi sehinggalah 10 malam.

Apa yang menarik di sini? Pastinya potongan harga barangan perabot dan aksesori rumah sehingga 70%. Malah jika anda telah berbelanja RM500, anda berpeluang untuk mendapatkan barangan seterusnya dengan harga RM1. Untunglah bagi yang dapat merebut peluang ini.

2- Idea Berjimat Untuk Lengkapkan Rumah Anda Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA

Perabot berjenama seperti Nicollo, Casa Moderno dan tilam Dunlopillo atau Goodnite, langsir atau apa saja barang rumah yang anda inginkan boleh didapatkan di sini dengan harga yang sangat berpatutan. Malah bagi anda yang ingin memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500 dengan mudah, boleh pergi ke laman Facebook mereka.

7- Idea Berjimat Untuk Lengkapkan Rumah Anda Hujung Minggu Ini - ROTIKAYA

Bayangkan penjimatan yang anda akan dapat dengan promosi yang ditawarkan. Malah jika anda terpilih sebagai pembeli yang paling banyak berbelanja pada hari tersebut, anda bakal membawa pulang penapis air OKO Power Membrane yang bernilai RM 3299.

Jadi apa lagi, jangan lepaskan peluang yang ada. Bukan sahaja dapat menghiaskan rumah anda untuk kelihatan lebih, kemas cantik dan segar dengan barangan baru malah turut dapat berjimat. Set alarm pada telefon pintar anda agar tidak ketinggalan dalam merebut peluang ini.