fbpx

Ibu Diana Danielle Enggan Ulas Lanjut Kenyataan Twitter Farid Kamil

Selepas isu Diana Danielle yang di’katakan sudah bersalin — Farid Kamil nampaknya kini berhadapan pula dengan persoalan hubungan beliau dengan ibu mertua yang di’khabarkan tidak sehaluan ketika ini.

BACA: Farid Kamil Kini Ada Masalah Dengan Ibu Mertua?

Ibu kepada Diana Danielle, Norsiah Ramli dalam laporan Harian Metro hari ini menerima dengan hati terbuka kenyataan berbaur sindiran yang telah di’keluarkan Farid Kamil di Twitter baru baru ini.

Norsiah Ramli bagaimanapun enggan memanjangkan cerita walaupun kenyataan Farid Kamil itu beliau anggap agak melampau dan seakan akan mengiyakan dakwaan hubungan mereka berantakan sebelum ini.

“Biarlah dia nak kata apa, saya senyum saja. Doakan yang baik baik untuk mereka. Itu saja yang mampu saya lakukan,” ujar ibu mertua Farid Kamil ini ringkas menjawab persoalan media.