Jangan Lupa Tonton Evolusi KL Drift 2 Bermula 25 Mac Ini!

E-mail Us: hi@rotikaya.com

Hujan Iringi Search Ke UK & Ireland, Tidak Perlukan Bakat Realiti TV

February 1, 2010 by RotiKaya Staff  

(Foto Konsert Band Malaysia Terbaik: Amrul Kareem)

Pertembungan dua zaman rock Malaysia bakal terjadi, bukan di’Malaysia tetapi di tanah United Kingdom & Ireland.

Ramai sedia maklum yang kumpulan rock legenda Search bakal mengadakan konsert Search Live In UK & Ireland di Dublin, London dan Liverpool pada 12 hingga 22 Februari depan.

Kumpulan Hujan yang kita kenali sebagai sebuah kumpulan paling berpengaruh hari ini bakal mengiringi Search dalam semua persembahan.

Tidak pasti sama ada Hujan akan tampil sebagai opening act atau pelengkap aturcara konsert. Namun, kehadiran Hujan sedikit merisaukan kami.

Dahulu, Hujan juga pernah mengadakan tour di tempat yang sama & sambutan yang diterima bukan kepalang.

Kali ini mereka hadir sebagai ‘pilihan kedua’ dan kemungkinan penonton yang hadir ke konsert Search nanti adalah mereka yang hanya mahu menonton Hujan secara dekat.

Bercakap tentang scene indie yang di’katakan di’bantu oleh nyanyian bakat dalam program realiti TV, Noh menjawab sebenarnya mereka tidak memerlukan semua itu.

“Kami tak kisah jika mereka tak bawa lagu-lagu kami dan kami tidak perlukan mereka untuk popular.”

“Bagi saya bintang realiti ini hanya 50 peratus sahaja yang membantu melahirkan artis yang berkualiti, selebihnya hanya jadi lambakan sahaja,” kata Noh Hujan kepada mStar Online.

Comments

6 Comments on "Hujan Iringi Search Ke UK & Ireland, Tidak Perlukan Bakat Realiti TV"

  1. Extremist Thinker on Mon, 1st Feb 2010 2:19 pm 

    hek eleh NOH nie!

  2. bojan on Mon, 1st Feb 2010 6:34 pm 

    nice nice.

  3. akmal on Tue, 2nd Feb 2010 8:36 am 

    ramai kawan2 i dok nak pegi konsert search ni…
    noh tu sampingan je….

    oh ye, checkout my blog

    http://secretarcade.blogspot.com/

    abang roti kaya, nant kalau rotikaya beli, sy ksk discount on certain items…

  4. kisahsensasi on Tue, 2nd Feb 2010 10:19 am 

    Bagus la nie…. arap2 kerap lagi artis malaysia buat show kat oversea…

  5. Maey on Tue, 2nd Feb 2010 2:05 pm 

    btol tu…realiti tv ni hanya sedikit saja yg btol2 bkualiti dan jd artis top.slebeynyer adalah LAMBAKAN!

  6. jeruk on Sun, 7th Feb 2010 9:11 pm 

    haha noh cakap yg betul je…..bosan tgk AF& lain2 realiti tv yg xhabis2





Blog Widget by LinkWithin