fbpx

Hazami Terkejut Berita Dirinya Sudah Meninggal Dunia

Penyanyi yang pernah popular melalui lagu Winter Sonata satu ketika dahulu dikejutkan dengan berita kematian dirinya sedangkan Hazami sendiri masih lagi hidup dan kini sedang berada di rumah ibunya selain menerima rawatan susulan daripada hospital.

BACA: Khabar Angin Rahim Sepahtu Meninggal Dunia Palsu

Hazami Terkejut Berita Dirinya Sudah Meninggal Dunia - ROTIKAYA_in

“Assalamuailakum. Saya Nor Kamal Hazami bin Ahmad @ HAZAMI bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh dengan pancaroba ini dan pada malam ini saya amat terperanjat menerima berita terkini mengenai saya di beberapa ruangan media tempatan”

“Saya ingin maklumkan di sini bahawa saya kini berada di rumah ibu saya untuk berehat di samping meneruskan rawatan susulan di hospital nanti Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kudrat dan nafas untuk terus berbakti di dunia seni hiburan tanah air,” jelasnya di Facebook.

Nampaknya mudah benar berita palsu mengenai orang kenamaan tersebar luas. Malah sebelum ini, Rahim Sepahtu turut menerima nasib yang sama apabila dia dikatakan telah pun meninggal dunia hanya berdasarkan gambar kumpulan Sepahtu melawatnya di hospital. (rtky/s)