fbpx

Hazama Tidak Mahu Terburu Soal Kahwin

Mengakui masih belum sampai seru untuk berkahwin, Hazama dalam masa yang sama turut menjelaskan kepada BH Plus bahawa dia tidak mahu terburu-buru ke arah itu malah penyanyi ini juga menafikan tertekan dengan rakan-rakan lain yang sudah mula mendirikan rumah tangga.

BACA: Amy Search, Hazama Terjun Ke Dunia Hipster Dalam Video Klip Simetri

“Memang saya akan berkahwin namun bukanlah dalam jangka masa terdekat ini. Saya belum bersedia lagi dari segi hati dan belum membuat sebarang perancangan untuk ke peringkat seterusnya”

“Apabila Tuhan membuka pintu hati saya, Insya-Allah saya akan berkahwin. Lagipun sudah bercinta bertahun-tahun, takkan kita tidak ingin berkahwin pula kan. Saya tida tertekan pun isu kahwin kerana bagi saya tidak perlu terburu-buru kerana jodoh ditentukan oleh Allah,” katanya.

Selain itu, penyanyi yang menjalin cinta bersama kekasih hati bernama Genervie Kam ini juga menjelaskan bahawa dia sendiri memerlukan lebih masa dalam membuat sebarang keputusan berkaitan perkahwinan. (rtky/s)