fbpx

Hazama, Isteri Akui Sedih Kandungan Luar Rahim

Redha dengan percaturan dan perancangan Tuhan, Hazama dan isterinya, Genervie Kam mengakui sedih namun dalam masa yang percaya dengan hikmah di sebalik perkara tersebut. Isteri Hazama terpaksa menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

BACA: Hazama Bimbing Isteri Cara Berhikmah

“Pada mulanya, kami gembira kerana doktor memaklumkan isteri mengandung. Namun, selepas menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan ia adalah pendarahan dalaman kerana isteri mengandung di luar rahim”

“Doktor juga memaklumkan isteri perlu menjalani pembedahan dengan segera. Mujur saya cepat bertindak dengan membawa Genervie ke hospital. Ini kerana jika lambat ia boleh membawa maut,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Hazama isterinya itu akan berehat selama dua minggu sebelum mula bekerja kembali sambil menyatakan bahawa pasti ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi.

“Saya percaya apa yang berlaku ada hikmahnya. Agaknya kerana kami sendiri belum bersedia untuk menimang anak lagi kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami merancang untuk mendapat anak tahun depan” jelasnya lagi. (rtky/s)