fbpx

Harun Salim Bachik Meninggal Dunia

Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan niaga selebriti ini, Harun Salim Bachik, 55, baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 5 petang ini. Perkara itu disahkan oleh rakan baik arwah yang juga pelakon, Den Wahab dipetik daripada Berita Harian Online.

“Saya mendapat panggilan daripada pengarah, Dr Anwardi Jamil, kira-kira jam 5 petang tadi yang memaklumkan mengenai perkara itu. Beliau memaklumkan, Harun meninggal dunia ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bukit Merah, Perak”

“Mereka dalam perjalanan pulang daripada majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Ketika ini, mereka sedang menunggu ambulans untuk membawa pulang jenazah ke Kuala Lumpur,” katanya.

Pada ketika ini, punca kematian belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, sebelum ini Harun dikatakan menghidap penyakit asma sejak lima tahun lalu.

Screen Shot 2015-03-08 at 11.17.59 AM

Menurut sumber, jenazah dijadualkan akan diuruskan di Surau Mutmainah Pandan Perdana sekitar pukul 8.30 pagi dan akan akan bertolak ke Tanah Perkuburan Batu Muda, Batu Cave, selewatnya pada pukul 11 pagi dan dijangkakan urusan pengebumian selesai sebelum solat Zohor. (rtky/syfq)