fbpx

Harta RM8 Juta, Maya Karin Nafi Mahu Riak

Ketika barisan selebriti lain sibuk mempromosikan produk mereka melalui platform sosial media yang ada, Maya Karin mengakui bahawa dia tidak berminat dengan bidang perniagaan online selain yakin dirinya mampu melakukan yang terbaik di dalam bidang hartanah.

BACA: Maya Karin: Jangan Malu Kalau Terpaksa Naik LRT

“Saya tidak berminat berniaga online ataupun butik pakaian, jadi saya pilih bidang pelaburan hartanah kerana saya tahu saya boleh lakukannya. Tiada niat untuk saya riak dengan apa yang saya kecapi sekarang”

“Sebaliknya, saya harap peminat boleh ambil ini sebagai satu idea untuk menceburkan diri dalam bidang tersebut sebagai pendapatan sampingan. Saya tidak ada perancangan untuk berhenti berlakon. Saya tetap sayang dunia lakonan”

“Bidang hartanah ini adalah untuk kebaikan di masa akan datang,” katanya kepada Tonton Extra selain menjelaskan bahawa pelaburan hartanah tidaklah serumit perniagaan lain yang banyak dipromosi di sosial media. (rtky/s)