fbpx

Harith Iskander & Faizal Tahir Timang Cahaya Mata Baru

Tahniah kami ucapkan kepada Harith Iskander dan juga Faizal Tahir kerana telah selamat menimang cahaya mata. Kedua-dua selebriti ini berkongsi berita gembira tersebut melalui akaun Instagram masing-masing.

BACA: Lisa Surihani & Yusry Selamat Timang Cahaya Mata Sulung

1 - Harith Iskander, Faizal Tahir Timang Cahaya Mata Baru - ROTIKAYA

Melalui gambar tanpa kapsyen di laman sosial Faizal Tahir, peminat tidak henti-henti mengucapkan tahniah di atas kelahiran cahaya matanya itu semalam, selain turut mendapat ucapan selamat hari lahir yang ke-37 pada hari ini (26 Oktober).

Sementara itu melalui gambar Harith Iskander pula, pelawak tersebut sempat berkongsikan gambar cahaya mata ketiga yang diberi nama – Zydane Xayne Iskander. Harith juga menjelaskan bahawa isteri dan anaknya itu kini berada di dalam keadaan sihat.

2 - Harith Iskander, Faizal Tahir Timang Cahaya Mata Baru - ROTIKAYA

Semoga kelahiran cahaya mata baru di dalam keluarga Faizal Tahir dan juga Harith Iskander ini bakal membawa lebih sinar bahagia di samping turut dilimpahkan rezeki yang tidak henti-henti. (rtky/s)