fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.543)

VIDEO HARI INI: Untunglah ada kereta mewah. Lelaki ini menjemput 20 orang rakan beliau yang biasa memandu kereta biasa untuk memandu Ferrari 360 Modena miliknya. Siapa di sini ada Ferrari untuk kami pinjam? Teringin pula, heh.

Dalam satu status terbaru beliau melalui Twitter, Olivia Wilde telah mengumumkan yang beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam yang telah diberi nama Otis Alexander Sudeikis & merupakan anak pertama bersama pasangannya, Jason Sudeikis. – LA Times

Aktor Korea, Kim Soo Hyun telah berbesar hati untuk menderma sebanyak KRW300 juta kepada Danwon High School yang mana terlibat dengan tragedi feri Sewol yang karam baru baru ini untuk diberikan kepada keluarga mangsa yang terbabit. – Soompi

Wakil kepada pelakon popular ini telah mengesahkan kepada media di Hollywood yang Jodie Foster telah selamat berkahwin dengan kekasihnya, Alexandra Hedison pada hujung minggu lalu selepas khabarnya bercinta sejak musim panas yang lalu. – Just Jared

Yuna yang kita tahu sedang aktif mencipta nama di bumi Amerika Syarikat berkata yang beliau sentiasa rindukan nasi lemak dan bercerita tentang seorang peminat yang masakkan makanan itu ketika konsert jelajah beliau di sana. – USA Today

Bukan mudah untuk menjadi penghias muka hadapan majalah Vouge dan selepas terpilih untuk edisi April ’14, Kim Kardashian telah dilihat memborong sebanyak mungkin majalah edisi itu untuk simpanan peribadi. Jangan lupa untuk letak dalam bingkai sekali. – Huff. Post