fbpx

Hari Ini Dalam Hiburan (N.541)

VIDEO HARI INI: Kami tidak pernah tahu wujudnya alat untuk menganggu percakapan manusia yang dipanggil speech jammer dan lelaki ini memberikan review senapang, sambil di’ganggu oleh peranti tersebut. Bermula pada saat 0:20. Kelakar.

Niat asal mahi berkenalan lebih lanjut kerana tahu yang teman wanita baru bekas suaminya, Tiger Woods akan meluangkan banyak masa dengan anak mereka namun Lindsey Vonn kini nampaknya telah menjadi kawan baik kepada Elin Nordegren. – Us Weekly

Sham Kamikaze berkata beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk menjawab tuduhan bersikap hipokrit biarpun sudah berhijrah seperti didakwa oleh bekas isterinya, Farazila baru baru ini kerana semuanya sudah menjadi sejarah. – mStar Online

Selepas gandingan pengarah David Fincher & pelakon Christian Bale dikatakan tidak mungkin terjadi untuk filem biopik Steve Jobs, Leonardo DiCaprio khabarnya akan membawa watak tersebut apabila pengarah Danny Boyle disebut sebagai pengganti. – The Verge

Beberapa figura terkenal dalam industri fesyen seperti Brian Atwood & Peter Som telah meminta semua untuk memboikot rangkaian hotel milik Sultan Brunei selepas mengumumkan bakal mengenakan hukuman berat mengikut Islam kepada homoseksual. – THR

Nampaknya para peminat masih pergi ke panggung wayang untuk menonton filem animasi Frozen menurut data terbaru selepas filem itu berjaya menjadi filem keenam paling laris dalam sejarah dengan mengutip US$1.129 billion sehingga ke hari ini. – Huff. Post